Wednesday, January 18, 2006
DOAAssalamu'alaikum...
Keutamaan Berdoa"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): "Sesungguhnya Aku (ALlah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan oranng yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu."--Surah Al-Baqarah: 186--
"Mohonlah kepada ALlah Taala dari keutamaanNya, maka sesungguhnya ALlah Taala itu suka apabila diminta dariNya. Adapun seutama-utama ibadat ialah menantikan waktu mendapat kelapangan."--Diriwayatkan oleh Tarmizi--
kan ALlah sayang kat hamba2Nya tu...hmm...kite je tak reti appreciate...hmm...
Adab-adab BerdoaAdab2 berdoa itu ada sepuluh, iaitu:
1) Hendaklah
menantikan dan mencari-cari waktu2 yg mulia utk berdoa
2) Hendaklah
jgn mensia-siakan dan mengambil peluang pada waktu2 yg dianggap mulia, spt di saat berkecamuknya barisan2 dlm medan peperangan sabilillah (mengagungkan agama ALlah Taala), sewaktu hujan lebat, sesudah menyelesaikan sembahyang fardu, antara azan dan iqamat dan juga ketika sedang sujud.
Pada hakikatnya keutamaan waktu itu bergantung kpd keutamaan deadaan dan sebab, spt waktu sahur adalah waktu yg amat hening bagi setiap hati manusia, penuh pula keikhlasan dan terhindar dari semua godaan dan gagguan. Demikian pula pada hari arafah dan hari Jumaat, sbb hari2 ini adalah waktu berkumpulnya seluruh umat, terpusatnya seluruh perhatian dan slaing tolong menolong utk menunjukkan hebatnya rahmat ALlah azza wa jalla pada saat2 itu.
3)Hendaklah seseorang yg berdoa itu
menghadap kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya hendaklah
mengusapkan kedua tangan itu di wajahnya setelah selesai berdoa. Diriwayatkan oleh Tarmizi Ibnu Abbas juga menjelaskan demikian:
"Rasulullah s.a.w. apabila berdoa, selalu mengumpulkan kedua tapak tangannya dan bahagian dalam dari kedua tapak tangan itu dihadapkan di arah wajahnya. Inilah keadaan tanggannya dan baginda s.a.w tidak pernah mengangkatkan pandangannya ke arah langit."4) Hendaklah
memperlahankan suaranya iaitu di antara berbisik dan jelas.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan (dengan suara)perlahan-lahan."--Surah Al-A'raaf:55--
5)
Jangan memaksa-maksa diri utk bersajak (berpantun) dalam berdoa. Maka itu, yg lebih utama ialah tidak melampaui doa-doa yg sudah ada contohnya dari Nabi s.a.w atau para ulama, sebab kalau dgn doanya sendiri, maka mungkin ia akan berlebih-lebihan dlm susunan doanya, sehingga mungkin ia akan berdoa mengenai sesuatu yg tidak membawa kebaikan utk dirinya sendiri. Perlu dimaklumi bahawa tidak semua org dapat melakukan yg terbaik dalam menyusun doanya.
6) Hendaklah dalam berdoa itu disertai r
asa rendah diri, khusyuk penuh harapan dan keinginan serta takut, sebagainam firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 55.
7) Mempunyai
ketetapan hati dalam berdoa dan yakin bahawa permohonannya pasti akan dikabulkan. Oleh sebab itu, hendaklah ia mempunyai pengharapan yg besar bahawa doanya itu akan terkabul. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah seseorang di antara kamu semua apabilal berdoa ia mengucapkan: "Ya ALlah! Ampunilah hambaMu, kalau Engkau kehendaki," atau "Ya ALlah! Belas kasihanilah hamba, kalau Engkau kehendaki." Hendaklah orang yg berdoa itu menetapkan permohonannya, sebab tiada sesuatu pun yg besar (sukar) bagi ALlah dalam pemberianNya."--Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim---
"Berdoalah kpd Allah dan kamu semua mesti berkeyakinan ianya pasti akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah azza wa jalla itu tidak akan mengabulkan suatu permohonan dari hati yg lalai."--Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Hakim--
8) Hendaklah berdoa
bersungguh-sungguh atau memohonlah kpdNya agar dikabulkan doa. Untuk itu sebaik-baiknya diulangi sehingga tiga kali dan janganlah meminta agar dilambatkan pengabulan doa itu.
9) Memulakan doa itu dengan mengucapkan
zikir kepad Allah Taala terlebih dahulu dan
jgn tergesa-gesa mengutarakan permohonanNya. Kemudian hendaklah membaca
selawat atas Nabi s.a.w. dan menutup doanya dengan bacaan selawat ke atas Nabi s.a.w.
10)
Adab batin dan inilah asas utk dikabulkan. Caranya ialah bertaubat, mengembalikan sesuatu yg berasal dari perbuatan zalim, menghentikan kezaliman yg dilakukan, benar-benar menghadapkan hati dan jiwa kepada ALlah azza wa jalla dan memusatkan perhatian dgn sepenuh hati. Semua ini akan dapat mengabulkan permohonannya itu..
get the full version dalam kitab BIMBINGAN MUKMIN, tulisan Imam Ghazali...ana tak larat nak taip...huhu..
oleh itu...hmm...koreksi diri...
wallahu'alam...
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:33 am"