M e n c a r i R e d h a I L a h i
Friday, August 10, 2007

SEBUAH NOVEL DRAMA



Cuti ni, macam-macam buku yang saya baca. Uhu..Saje qadha' membaca...Kat uni sibuk tak sempat nak baca macam-macam buku selain mengadap buku-buku medic...isk..Di Atas Mihrab Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, Mengenal Diri dan Wali Allah dan Men are from Mars Women are from Venus adalah antara buku-buku yang telah saya khatamkan cuti ini. Tapi, Novel Drama oleh Faisal Tehrani yang berjudul Bila Tuhan Berbicara punya keunikan tersendiri dan seperti biasa, another masterpiece by Faisal Tehrani!



Novel yang berfalsafah, berfakta, penuh dengan wacana tersendiri pengarang, sindiran-sindiran sinis pengarang memang menyebabkan hati saya tertaut untuk menelaah buku ini sehingga ke titik terakhir.



Pengarang tidak jemu-jemu menekankan dalam novel drama ini bahawa "drama boleh menjadi satu gerakan, satu bom, satu desakan, satu kuasa untuk menggetarkan malahan satu tenaga yang boleh mendorong berlakunya revolusi.."



Nah, kepada penggemar-penggemar teater, pengarah-pengarah teater yang berbakat, novel drama ini mungkin boleh diterjemahkan di atas pentas suatu hari nanti. Novel ini sarat dengan maklumat, sarat dengan pengajaran...Barangkali di universiti-universiti sesuai sekali bagi membuka mata mahasiswa dan mahasiswi tentang realiti semasa yang ditulis dalam cerita serupa ini.



Tidak rugi untuk anda memiliki buku ini. Glad to know penulis seperti Faisal Tehrani wujud di negara kita. Moga terdidiklah masyarakat kita suatu hari nanti melalui novel-novel dan teater-teater yang berkualiti dan mengikut landasan syariat Islam. Wallahua'lam...



Sinopsis di belakang buku:



Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstermis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu. Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali dietmui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia. Prosa segara Faisal Tehrani ini harus dimiliki.


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:38 am"

Comments:
taste kita sama..

akak minat faisal tehrani dari tahun 90-an lagi.. cubalah baca buku tunggu teduh dulu, bahasanya sgt cantik

habiburrahman's "ketika cinta bertasbih" dah keluar versi BM.. harga RM23
 
my blog

http://limaunipis.blogspot.com
 
assalamualaikum..
nak tanya jer, katne u dapatkan buku2 habiburrahman..
e-mail : yunieyu@hotmail.com
 
erm..kat jalan TAR...ada kompleks PKNS (kot?) tapi kompleks la...ada kedai buku nama Fajar Ilmu Baru (kot jugak) yang pasti Fajar fajar la nama kedai tuh... =) sori kerana tidak menghapai tempat tersebut....
 
Post a Comment




ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Moral yang merudum

AQ peringkat akhir musim kedua

Negaraku merdeka

Damai bertemu keluarga

Perfectionism

Jenguk-jenguk luar negara

Revival

Mereka permata hati saya

Sedih lagi menyedihkan

Ayat-Ayat Cinta Bahagian 2





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD