Friday, August 10, 2007
SEBUAH NOVEL DRAMACuti ni, macam-macam buku yang saya baca. Uhu..Saje qadha' membaca...Kat uni sibuk tak sempat nak baca macam-macam buku selain mengadap buku-buku medic...isk..Di Atas Mihrab Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, Mengenal Diri dan Wali Allah dan Men are from Mars Women are from Venus adalah antara buku-buku yang telah saya khatamkan cuti ini. Tapi, Novel Drama oleh Faisal Tehrani yang berjudul Bila Tuhan Berbicara punya keunikan tersendiri dan seperti biasa,
another masterpiece by Faisal Tehrani!
Novel yang berfalsafah, berfakta, penuh dengan wacana tersendiri pengarang, sindiran-sindiran sinis pengarang memang menyebabkan hati saya tertaut untuk menelaah buku ini sehingga ke titik terakhir.
Pengarang tidak jemu-jemu menekankan dalam novel drama ini bahawa
"drama boleh menjadi satu gerakan, satu bom, satu desakan, satu kuasa untuk menggetarkan malahan satu tenaga yang boleh mendorong berlakunya revolusi.."Nah, kepada penggemar-penggemar teater, pengarah-pengarah teater yang berbakat, novel drama ini mungkin boleh diterjemahkan di atas pentas suatu hari nanti. Novel ini sarat dengan maklumat, sarat dengan pengajaran...Barangkali di universiti-universiti sesuai sekali bagi membuka mata mahasiswa dan mahasiswi tentang realiti semasa yang ditulis dalam cerita serupa ini.
Tidak rugi untuk anda memiliki buku ini.
Glad to know penulis seperti Faisal Tehrani wujud di negara kita. Moga terdidiklah masyarakat kita suatu hari nanti melalui novel-novel dan teater-teater yang berkualiti dan mengikut landasan syariat Islam. Wallahua'lam...
Sinopsis di belakang buku:Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstermis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu. Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali dietmui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia. Prosa segara Faisal Tehrani ini harus dimiliki.
"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:38 am"