M e n c a r i R e d h a I L a h i
Thursday, June 30, 2005

TUNJUK AJARKU SIFU FINAL PART

Assalamu'alaikum...

2. Muraqabatullah (pendekatan diri kepada Allah)

Kita patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindak tanduk, urusan, perkataan, 'amalan, perasaan dan runtunan emosinya. Kesungguhan bermuraqabah dgn Allah boleh menyelamatkan kita dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya sentiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri.

Kita harus tahu bahawa urusan hidup ini terbahagi kepada tiga jenis:

1. Suatu yang jelas baik dan wajar, maka hendaklah dituruti.

2. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari.

3. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.

Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dan berkesan dengan bertambahnya pendekatan diri kepada Allah dan perasaan bahawa Allah hampir dengan dirinya. Allah berfirman dlm surah al-qaf ayat 16:




"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

Diceritakan bahawa semasa Tawus Al-Yamani, (rahimahuLlah) di Makkah ada seorang wanita amat terpikat dengannya. Wanita tersebut sering menggodanya hingga pada suatu hari ia menurut Tawus sampai ke Masjidil Haram. Ketika itu orang sedang ramai di dalamnya. Tawus pun menoleh kepada wanita itu dan berkata: " Ayuhlah, sempurnakan hajat saudara. "

Wanita itu pun menjawab: " Di tempat inikah? Bukankah orang ramai melihat? "

Tawus menjawab: " Malu di lihat oleh ALlah kan lebih patut dan wajar! "
Dengan kata-kata tersebut perempuan itu pun insaf dan bertaubat. Akhirnya ia menjadi orang baik.


[jadi, mcm mane kite nak mendekatkan diri dengan ALlah kalau kite sendiri tak rasa kehadiran Allah yang sentiasa di sisi kita dan mengetahui apa yg kite lakukan? ini la langkah pertama untuk kite bertaqarrub ilallah...]



3. Berjihad melawan nafsu

Yahya bin Mu'az berpesan : "Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan ruhani)." Latihan riadah ini ada empat macam:

1. Sedikit makan
Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat

2. Sedikit tidur
Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih

3. Bercakap sekadar perlu
Apabila kurang bercakap badan selamat

4. Sabar menanggung gangguan orang lain
Dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yg dituju

Para da'ei wajib sentiasa berjihad melawan nafsu sendiri. Ia harus menguasai dirinya supaya tidak berlebihan dalam makan, minum, pakaian, dalam bercakap dan memuaskan kehendak nafsu. Tepat seperti yg dianjurkan oleh Rasululah s.a.w:

"Orang yang mujahid itu ialah org yang berjihad melawan nafsu dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah s.w.t."



Dalam konteks jihad melawan lidah Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kuasailah lidahmu, memadalah rumahmu (untuk berpeleseran) dan tangisilah kesalahan (dosa)mu sendiri."



Sebenarnya kejayaan seorang penda'wah dalam da'wah dan keberkesanan da'wahnya di kalangan orang byk bergantung kpd sampai di mana ia dapat menguasai lidahnya. Surah Ali Imran Ayat 159:



Seandainya engkau kasar dan keras hati nescaya mereka bubar dan menjauhkan diri dari sekelilingmu."



Sikap menjaga lidah, memastikan ia berkata benar, menjauhkan diri dari mengumpat, menghasut, bohong dan sifat celupar, tanda iman masih selamat dan sihat. Sifat ini melindungi hati dari tercemar dan menyeleweng. Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan:

"Iman seseorang itu tidak akan betul melainkan apabila hatinya lurus. Dan hatinya tidak akan lurus sehingga lidahnya lurus (berkata benar)."



Para da'ei harus menang dalam pertarungan melawan dan mengasuh nafsunya. Hanya dengan itu ia boleh menang di medan-medan yang lain. Tetapi jelas untuk mencapai kemenangan dalam hal ini bukan mudah. Kalaupun menang utk suatu ketika namun belum tentu terlepas dari pesonanya pada masa. Sebab itu mengawas nafsu dan diri dari masa ke masa, waspada terhadap bisikan dan bujukannya adalah suatu cara yg paling mungkin dan selamat utk menyelamat dan memberikan kekebalan pada diri...



Mari kite sama sama amalkan tiga mende nih...huhu...moga hati dilimpahi Nur Ilahi..ameen...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:50 am"

(0) comments



Wednesday, June 29, 2005

TUNJUK AJARKU SIFU PART 2

Assalamu'alaikum...

1. Zikru'Llah

Rasul sudahpun mewariskan kepada kita beberapa 'amalan zikir yang boleh dibaca dalam sehari semalam. Doa-doa amalan ma'thurat itu kalau dihafal dan diamalkan selalu, menurut kaifiyyat dan masanya nescaya ia boleh tergolong dalam gulungan Ulu'l Albab sesuai dengan firman ALlah dalam Surah Ali-'Imran: Ayat 190-191





Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang beraqal, (Ulu'l Albab), (iaitu) mereka yang mengingati ALlah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rabbana! (Tuhan kami!) tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lantara itu peliharalah kami dari 'azab nerakaMU!"



Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka. Tepat seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah:

"Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru'Llah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari 'azab Allah lain dari zikru'Llah. Sahabat bertanya: "Jihadfisabilillah pun tidak boleh (menandinginya)." Jawab Rasulullah: "Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah."



(Hadis riwayat Baihaqi)


TO BE CONTINUED...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:06 am"

(0) comments



Tuesday, June 28, 2005

HMM...

Assalamu'alaikum...



Lately nih serabut sket fikiran..hmm..agaknya saye risau saye dah singgungkan hati orang kot...huhu...tu la masalah saye, orang selalu tak paham apa ada kat fikiran nih and the worst thing is, they don't want to clarify it with me...huhu...Pape pun, memang salah saye kot. hmmm....serabut kepala otak...and...maybe tu petandanya, hati memang berkarat..huhu...[rujuk entry TUNJUK AJARKU SIFU] Sesiapa yang rasa tersinggung ke, mintak ampun bebanyak sangat...yela...kite bukan tahu kite mati bile...tiba masanya malaikat maut datang menjemput, takut tak sempat nak mintak maaf...huhu...isk..jgn buat andaian bebukan kalau tak puas hati...tanya saye dulu...hmm..

Esok la saye letak entry sambungan semalam eh [insyaALlah kalau masih hidup]...hari nih, mcm tak de mood nak buat..isk isk..Ya ALlah, tenangkanlah hati hambaMU ini...ku pinta REDHAMU selalu...





13:28 "Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah. for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:47 am"

(0) comments



Monday, June 27, 2005

TUNJUK AJARKU SIFU

Assalamu'alaikum...

haa...bace tajuk mesti leh agak nak ckp pasal pe...huhu...rancangan MENTOR...sebenarnye bukan nak kutuk rancangan nih...cuma..nak kutuk diri sendiri sebab...terpedaya jugak ngan rancangan nih...melekat lak duduk depan tv lepas solat isyak...ehm..LEPAS SOLAT ISYA'...tengok mende melaghokan tuh...lepas mengadap ALlah s.w.t. buat mende melaghokan...astaghfirullah...ape nak jadi nih balqis??? Balik umah nih memang dugaan tv hebat la...sib baik la minat terhadap tv dah luntur sket...tu sebab saye lagi suke la mengadap computer surf internet...lagi selamat rasanya [dua dua pun tak bagus kalau sampai melalaikan] hmmm...tahap pengaratan hati mesti bertambah-tambah cuti nih..isk isk...nauzubillahiminzalik...[dah tau cam tuh, buat la sesuatu balqis nih pon!! takkan nak biar je]

Ckp pasal hati nih...ade bace buku baru baru nih...jadi nak share la sket ape yg saye dah bace...

________________________________________________________________________________


KEPENTINGAN MEMELIHARA HATI

Antara tanda-tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith RasuluLlah ada diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya:

"Siapakah orang yang paling baik Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: "Tiap Mu'min yang makhmumu'L Qalbi." Beliau ditanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumu'L Qalbi?" Beliau menjawab: "Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dengki."



Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan. Rasulullah pernah menafsirkan maksud ayat 22 dalam surah Az-zumar dengan lapang dada sebagai suatu kurnia ALLAH.



Example


Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya?) Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati ALLAH. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.



Nur Ilahi kalau menerangi seseorang maka dadanya menjadi lapang dan banyak sabar. Inilah juga yang dimaksudkan oleh firman ALlah dlm surah Ar-Ra'du ayat 28:

"Hanya dengan mengingati ALLAH sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram..."



Manusia unggul yang kita teladani; Nabi Muhammad SaLlaLlahu 'alaihi Wasallam telah mengajar kita cara memelihara hati supaya senantiasa subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dari sunnahnya untuk dijadikan pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat ruhaniyyah mereka...

TO BE CONTINUED...

________________________________________________________________________________


so, cam mane? sesame la kite check hati kite...kalau kite badan kite sakit, kite kene berubat..kalau hati kite sakit, kite kene berubat gak. huhu...same same koreksi diri...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:23 am"

(0) comments



Friday, June 24, 2005

BANGGA DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN??

Assalamu'alaikum...

Semalam bersama-sama ngan mak ayah dan kakak gi satu ceramah nih..byk la isi die ckp, tujuannya nak menyedarkan orang tentang situasi semasa. Jangan bengap sangat..huhu..mcm mcm la encik naib presiden sentuh..tapi nak share satu mende yg mmg rasa terpukul lak bile dgr...

"Benar ke kalau orang kata pemerintahan ... [fill in the blank urself] kat Kelantan, kelantan tak maju? BENAR!! Benar ke kalau orang kata negeri Johor, Perak, Pulau Pinang maju daripada Pulau Pinang? BENAR!!! Tapi, kalau kita tengok, MELAYU ISLAM mane yang paling maju? KELANTAN...kalau nak tengok rumah banglo harga puluh dan ratus ribu kepunyaan orang Melayu, pergi Kelantan. Yang hang pa nih dok umah teres lagi orang kat sana dah duduk banglo ratus ribu. Kat Pulau Pinang, Perak, dan majoriti negeri lain sape sebenarnya yang maju? CINA...Tauke tauke...orang Melayu?? Kita orang Melayu dididik bangga dengan hak orang lain...kenapa la jadi macam nih??"

huhu...memang terpukul...kalau kat IPOH tu memang benar la..yang berjaya sokmo cina aje...[tak bersikap racism ye] cuma sedih ngan orang MELAYU ISLAM...benar, kite memang suke bangga dengan hak orang lain. PERASAN tu kejayaan kite..huhu...kat Kelantan wallahu'alam..ana tak pernah gi..tapi mak ayah ana dan kakak ana baru je gi hari tu, diorang kate memang ye ape yg dikatekan tuh...yela..kalau nengok orang berniaga majoriti sape kat kelantan tuh? huhu..jgn la tengok kemajuan negeri tu, kite tengok kemajuan kaum Melayu islam kat situ..

Fikir fikir kan lah...do you get my point?

wallahu'alam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 8:36 am"

(0) comments



Wednesday, June 22, 2005

INTERESTING EMAIL

Assalamu'alaikum...

I got this email from my junior in KYUEM. The author of this email is unknown. huhu..sayang sayang...i thought his piece of writing is really good. Just want to share this with all of you and spread this to our sisters insyaALlah...moga dapat mengingatkan kita yang sering alpa dan leka..


SILA BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba & rasulNya. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang memiliki sifat2 terpuji. Juga salam buat kita semua & orang2 yang beramal soleh. Sesungguhnya setiap perintah Allah itu adalah yang terbaik...

Sekarang ini, di dada2 akhbar sibuk terpampang berita tentang perisian atau software yang mampu menapis kemasukan atau akses ke laman lucah di internet. Saya tak pasti bila ianya mula diperkatakan kerana saya memang dah lama tak beli akhbar arus perdana (kalau baca pun yang percuma saja) tanda boikot, tapi saya menjangkakan ianya bermula atasa saranan Tun Dr. Mahathir.

Tergelak kecil saya bila baca kononnya laman & gambar2 pornografi atau bogel ini punca gejala sosial di Malaysia. Entahlah. Bagaimana corak pemikiran ahli politik atau manusia2 sekular ini saya pun tak berapa pasti. Kerana ucapan mereka selalu tersasar & selalu berputar belit. Saya sendiri tak pasti apa hujjah mereka untuk pendakwaan sebegini.

Saya bukan membela laman2 lucah ini. Saya bukan setakat bersetuju malah terlalu amat sangat bersetuju (pencemaran Bahasa Melayu ni!). Tetapi adalah sesuatu yang menggelikan hati bila seseorang yang pernah berkata bahawa pendedahan aurat bukan punca gejala sosial, mengatakan yang laman lucah ini punca kerosakan masyarakat.

Saya pernah terbaca dalam Utusan Malaysia (naskhah percuma) tentang tulisan All Women Action Society (AWAM) yang menyelar pendapat pendedahan aurat punca jenayah rogol. Bermacam2 hujjah yang manusia dangkal ini telah persembahkan yang mana saya sendiri tak berapa nak ingat. Tapi antaranya ialah kejadian di mana wanita yang bertudung pun dirogol.

Seolah2 jenayah rogol terjadi semata2 kerana individu yang dirogol itu adalah seseorang yang memberahikan tanpa ada desakan atau dorongan dari luar. Kalaulah begini hujah mereka, ternyata laman2 web ini tidak akan memberikan apa2 impak kepada sosialiti masyarakat kita. Kerana si pelawat hanya akan teruja kepada model2. Dan mereka hanya akan merogol model itu sahaja, kalau berkesempatan. Setuju atau tidak?

Jadi untuk apa ditapis bahan2 lucah ini? Begitu juga dalam kes Jeslina Hashim. Dia yang berpakaian yang mendedahkan sebahagian besar badannya bukan sahaja dilepaskan malah dibela golongan eksekutif negara kita. Ini menunjukkan pendirian mereka yang berpakaian seperti itu tidak akan memberikan sebarang impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat. Astaghfirullah...

Dan di akhbar Sigap, sisipan Utusan Malaysia baru2 ini (juga naskhah percuma), bintang lari berpagar Malaysia, Moh Siew Wei dengan tegas menyatakan bahawa pakaian atlit wanita (berbaju ketat tanpa lengan dan berseluar pendek) sebagai seksi adalah pandangan yang salah. Itu hanya keperluan & keselesaan untuk berlari. Hm... Tak seksi ke? Oleh kerana seksi itu perkataan Inggeris (sexy), mari kita cari maknanya dari kamus Oxford.

Seksi atau sexy ada 2 makna.
1.Of or about sex (yang berkaitan atau berkenaan dengan seks) dan
2.Causing sexual desire (menyebabkan keinginan seks).


Bermakna pakaian atlit sukan wanita, sekiranya mampu menimbulkan keinginan seks kepada yang melihatnya, maka bolehlah dikategorikan sebagai seksi. Dan, apakah bezanya melihat wanita seksi dengan melihat wanita bogel? Tak banyak perbezaan akan tetapi, persamaannya ialah kedua2nya akan mengakibatkan atau menyebabkan lahirnya keinginan seks dalam diri orang yang melihatnya.

Ini pengalaman saya sendiri. Hari saya kembali bekerja, saya terpaksa duduk bersebelahan dengan perempuan dalam bas ekspress. Memang saya kurang selesa. Tambah lagi si gadis yang bertudung memakai baju berlengan pendek (dalam keadaan bas yang sejuk tu? Hm...) dan berseluar jenis kapas yang ketat. Sesekali bila dia nak keluar (di duduk di sebelah tingkap), dengan selamba je dia bergesel dengan saya. Terasa lembut je...

Allahu Akbar... Saya ni lelaki. Masih muda dan sihat zahir batin. Bayangkanlah. Ok. Saya boleh tahan tu. Tapi sepanjang perjalanan dari JB ke Kerteh yang memakan masa lapan jam, saya jadik betul2 serba salah. Dalam keadaan yang sejuk, bila tersentuh dengan kulit lawan jantina, memang terasa hangatnya. Puas saya mengelak tapi yang menghairankan dia boleh buat selamba je...

Malam tu saya tidur tak berapa lena (selalunya dalam bas pun saya lena semacam...) sebab takut tersentuh mana2 yang tak patut. Bila terjaga, kalau tangan saya tersentuh kulitnya saya akan segera tarik. Dalam hati saya sentiasa memuji Allah betapa hebatnya ketentuanNya apabila Dia mewajibkan wanita menutup seluruh tubuh kecuali muka & 2 tapak tangan. Kalaulah gadis tu berlengan panjang...

Mungkin ada yang ketawa baca cerita ni. Tapi saya nak ingatkan. Tatkala saat begitulah syaitan sedap menggoda. Tambah lagi kalau kita adalah orang yang baru bertaubat & sedang menuju ke arahnya. Maka tak hairanlah kalau anda boleh terdengar cerita wanita diraba dalam bas ekspress. Tapi jangan salah anggap lak. Saya taklah sampai tahap meraba gadis tu (wana'uzubillah).

Balik ke persoalan asal, penapisan bahan lucah di internet memang perlu. Akan tetapi bukan bahan lucah di internet sahaja. Malah bahan lucah yang sebenarnya berada di sekeliling kita ini juga perlu ditapis. Maaf, tapi bagi saya setiap wanita yang mendedahkan auratnya (termasuk juga lelaki yang mendedahkan aurat) adalah bahan lucah. Bukan setakat mereka yang betul2 berbogel sahaja.

Memang panas bertudung. Memang panas berlengan panjang (seperti kata Jeslina Hashim) akan tetapi neraka Allah itu jauh lebih panas. Dan Allah memerintahkan wanita menutup aurat bukan untuk menyiksa atau merendah2kan mereka. Sebaliknya adalah untuk melindungi mereka. Kalau semua orang berpakaian labuh & bertudung (termasuk yang dalam tv), insyaAllah jenayah rogol dapat dibendung.

Kaum wanita di Afghanistan sekarang ini mengakui mereka lebih selamat di zaman Taliban. Seperti dalam petikan yang saya baca (sekali lagi, naskhah percuma) bahawa kini mereka terpaksa berjaga2 di waktu malam kerana jenayah rompak & rogol terlalu tinggi. Mengapa? Kurang kawalan? Mungkin tapi faktor terkuat ialah kerana Amerika Syarikat (AS @ Anak Setan) telah membawa masuk tv satelit yang memaparkan aksi seks sebaik Taliban tumbang.

Sememangnya saya tak mampu membuat perubahan besar dengan artikel sekecil ini. Lagipun, berapa kerat sangat orang yang akan baca posting saya. Tapi saya harap anda yang membaca dapat mengingatkan diri sendiri (termasuk saya sendiri) dan orang2 di sekeliling anda supaya menutup aurat. Katakan pada wanita yang mendedahkan aurat mereka. Sekiranya berlaku jenayah rogol, mereka adalah salah satu puncanya.

Yang belum menutup aurat, segeralah menutup aurat. Yang dah menutup aurat, perbetulkanlah atau perkemaskanlah. Aurat seorang wanita bukan hanya rambut sebaliknya seluruh tubuh. Apa guna bertudung tapi berlengan pendek atau berseluar ketat atau tersingkap dada. Imaginasi seorang lelaki itu kuat. Kalaupun cuma nampak luaran (ditutup baju) tapi nampak bentuk sudah cukup untuk mereka (atau kami) membayangkan yang selebihnya.

Sekiranya kerajaan ingin menyekat kemasukan bahan lucah, maka wajibkanlah penutupan aurat. Haramkan sebarang bentuk program hiburan yang mendedahkan aurat walaupun kita berhadapan dengan risiko tv yang tiada gambar. Dan haramkanlah juga sebarang bentuk hiburan yang membolehkan pergaulan bebas lelaki & perempuan seperti konsert2 & fiesta sureheboh tu.

Kalaulah kerajaan bersungguh. Kalaulah kerajaan kita benar2 mahu dan
kalaulah kerajaan kita benar2 Islam...
Walaupun sekadar Islam Hadhari.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah;

Wassalamualaikum warahmatullah...




wallahu'alam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:37 am"

(2) comments



Tuesday, June 21, 2005

IKLAN SUNSILK

Assalamu'alaikum...

Sewaktu pertama kali saya menonton iklan sunsilk di televisyen, saya cuma menganggapnya sebagai iklan biasa tetapi setelah menontonnya beberapa kali, timbul perasaan tidak puashati dalam diri saya tentang iklan tersebut.

Pertama sekali, saya tertanya-tanya, apakah 'significant' atau kesinambungannya iklan tersebut dengan produk yang ingin dipromosikan iaitu Syampu Sunsilk itu sendiri. Saya ingin meringkaskan jalan cerita iklan tersebut yang bagi pada pendapat saya tidak mempunyai kesinambungan dengan produk syampu yang ingin dipromosikan ; Seorang gadis remaja yang masih belajar menggunakan syampu Sunsilk. Gadis itu kemudian belajar di perpustakaan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan jatuh hati dengan seorang pemuda kacak yang juga belajar di perpustakaan tersebut. (Sehinggalah ke akhir iklan, kedua-dua remaja ini di "highlight" kan)

Dapatkan pembaca semua mengaitkan iklan ini dengan produk syampu yang ingin dipromosikan? Mungkin pihak advertiser bagi iklan ini ingin menjadikan iklan ini sebagai sasaran kepada wanita yang bertudung, tetapi, cuba bandingkan iklan ini dengan iklan sunsilk sebelum ini di mana Wardina menjadi model iklan. Bukankah iklan itu mempunyai kesinambungan dengan produk walaupun 'target group' nya masih golongan wanita yang bertudung? Lagipun, bagi iklan sunsilk terbaru ini, pemuda tersebut tidak dapat melihat pun rambut gadis remaja itu, dan terpikat dengan apa sebenarnya? Dengan wajah gadis remaja itu? Maka iklan tersebut lebih sesuai untuk krim pencerah muka atau pelicin muka. Btol tak? huhu...

Siapalah saya untuk mengatakan hal 'advertising' dan 'promotion' memandangkan saya tidak mempunyai apa-apa kelulusan tentang bidang ini. Tetapi itu adalah pandangan seorang penonton umum yang berfikir secara logik akal.

Namun apa yang lebih penting dan perlu diambil perhatian ialah, nilai-nilai islam yang ditinggalkan dan diabaikan dalam iklan ini. Dalam iklan ini kita lihat, gadis remaja dan pemuda itu bermain-main mata di perpustakaan. Adakah ini dibenarkan dalam Islam? Tentu sekali tidak. Di sini saya sertakan dalil untuk suruhan menahan pandangan di dalam Al-Quran iaitu ayat 31 dan 32 surah An-Nur seperti berikut (sila rujuk tafsir al-quran untuk ayat penuh)

" Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...(sehingga akhir ayat 31)"

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...(sehingga akhir ayat 32)"


Jadi, bagi saya, iklan seperti ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat yang kurang berilmu pengetahuan dalam hal ini. Mereka akan menganggap hal ini adalah suatu kebiasaan dan tidak menyalahi ajaran Islam. Adakah ini yang kita mahu terjadi di Negara kita yang mengisytiharkan Negara ini sebagai Negara Islam dan juga dipandang dan dihormati oleh Negara-negara Islam yang lain?

Akhir sekali, saya ingin menegaskan, kita perlu mempunyai identiti iklan tersendiri. Jangan samakan iklan kita dengan iklan barat yang tidak mempunyai dan tidak mengambil kira nilai ajaran Islam. Such small things really portray how much we practice Islam in our so called Islamic country.

wallahu'alam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 2:42 pm"

(0) comments



Sunday, June 19, 2005

HOME SWEET HOME

Assalamu'alaikum...

Setelah dua tahun menuntut ilmu kat Lembah Beringin, akhirnye balik la kembali ke rumah berjumpe my beloved parents and my sister. Before balik tu, ade awards day la kan. erm...cite sket...

Awards day thn ni meriah sket kot...maybe sbb menteri pendidikan tinggi yg datang. Great Hall dah dicat hijau lumut dan putih...curtain atas stage dah tukar jadi hijau lumut juga...[suke combination kaler tu..hall nmpk sejuk n tenang]

Part kecewa:
Waktu vips kasik certificate kat students, Mr. Small memang bagus...[org bukan Islam jugak ke yg reti nak hormat agama Islam...org Islam sendiri? ] Bila student perempuan yg naik tu pakai tudung, beliau tak hulur tangan. Terus je hulur certificate. Bila tukar vip utk kasik hadiah [vip vip seterusnye sumenye orang Melayu Islam], boleh la pulak hulur tangan....huhu...sedih sedih...hulur kat sume lak tuh...Alhamdulillah...ade jugak dikalangan muslimat nih yg waktu amik cert, eventhough diorang nih hulur tangan, mereka main tarik je cerificate dan tak sambut salam...ade yg lembut sket, salam, tapi dengan lapik tudung. Pas org org nih buat cam tuh, baru la vips tu sedar dan tersentak sket [hello, Mr. Small lagi pandai hormat kot? bukan kire hormat, nih hukum!] Alhamdulillah...moga diberi hidayah pas nih tak buat lagi...hmm...sedih sedih...

Pastu, waktu announce main awards, sorang aje org melayu islam yg dpt out of 5 awards. Bukan nak bersikap racism di sini. It is undeniable that they deserved the awards...Sbb diorang sume memang sungguh-sungguh dlm buat sesuatu kerje n membuahkan hasil. Rajin...Tekun...Dedicated...hmmm...Sedih sbb org Islam tak contohi sikap mereka nih...[in fact, nilai-nilai ni diajar dalam Islam. Nape kite tak mo ikut? ] End up, kite jugak yg ketinggalan...Bila mereka lebih dari kite, kite bising...walhal...salah siapa? Kite kalau buat keje, macam melepaskan batuk kat tangga...tak sungguh-sungguh...mcm mane la nak sungguh-sungguh? Masa pun tak boleh nak tepati...janji pukul 3.00 kononnye, datang 3.05. pastu alasan janji melayu...[boleh bangga lak tu] kalau itu yg melayu ajar, Islam tak ajar. hmm...

Meninggalkan college:
Sedih? Sedih tu memang la ade...tapi malas nak dilayan...sbb, pertemuan dan perpisahan tu satu lumrah...setiap perpisahan tu adalah permulaan bagi sesuatu yg baru. dan setiap pertemuan itu adalah permulaan bagi sesuatu yang bakal dikenang...tol tak? memang tak dinafikan byk mende yg dipelajari sepanjang ade kat kolej nih. dan bertemu ngan insan-insan yg byk mengajar diri ini tentang erti kehidupan dan mendekatkan diri kepada Allah...Itu satu kenangan yg pasti terpahat di hati dan menjadi pengalaman berguna insyaALlah pada masa hadapan...

Sampai umah:
Sume org [mak ayah kakak pakcik makcik] kate ana makin kurus!!! aiseh...memang kene tambah berat badan sesangat diorang kate. hmm...tak sedar la diri nih makin kurus..ingat maintain gitu je. Tak pernah berniat pun nak kurus lagi sbb memang dah kurus. tapi, tak sangka susut jugak..hmm...

Unpack...byk juge buku kene bace dan khatamkan cuti nih. erm..tak pe la..bukan ade keje sgt pun cuti nih. [jangan hangat-hangat tahi ayam ye balqis!] Pastu hari nih gi makro, beli mende mende gune duit dividen koperasi hospital..[mak ayah kate, tak leh guna duit tu utk beli makanan sbb duit syubahah atau riba'] kesimpulannye, kite jage jage la sumber duit utk beli makanan. Sebab kalau hati tu dah kotor sbb makan makanan haram dan syubhah, nanti hati jadi gelap. Dah jadi darah daging kite. takut nanti kat akhirat kite dibakar dalam neraka wana'uzubillahiminzalik. maka, beli la meja comp baru, ampaian baju, cadar, bantal kecik2. Petang lak gi umah paktih jumpe sepupu baru yg cumil bernama Aiman Siddiq.

Tu je la...entry utk kali nih. tak tulis mende ilmiah sgt la kali nih. sbb tak setel down sgt lagi. Plus, memerlukan kesabaran yg sgt tinggi utk meengupdate blog kat umah sebab internet kat umah dial up, bukan streamyx atau broadband!! huhu...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:17 pm"

(1) comments



Tuesday, June 14, 2005

SEPETANG DAN SEPAGI DI KUALA LUMPUR

Assalamuálaikum...

Hari Isnin dan Selasa beramai-ramai tido umah seorang sahabat kat KL nih [enam org menyempit di rumah sahabat itu]..saje saje..mengeratkan ukhuwah sesambil nak cari buku sebenarnye. Kuala Lumpur bukanlah tempat terbaik untuk bercuti..hehe..[kutuk stret tu] sah sah la...ngan sibuknye, bisingnye...tapi umah sahabat nih masyuk lerr..seorang tuan rumah yg bagus!!! [jgn ria', ujub takbur dan sewaktu denganye ye sahabatku...cepat sebut astaghfirullahalazim.. =) ] dan kami tetamu yg baik ke? hehehe...Namun, bukan la pengalaman kami beronggeng yg nak disharekan...cuma nak share ape yg ana dapat daripada hasil berjalan jalan kat sekitar kl sampai lenguh kot kaki...Benar la kate org, jauh perjalanan, luas pemandangan...

PAGI ISNIN

Hari first gi umah mak cik kepada seorang sahabat. dan dapat jumpe baby dan pegang baby..huhu..cumil cumil..pengajaran pertama...baby suci dari dosa...jadi, tgk muke die pun jadi tenang..kite, makin tua, makin nak tambah karat kat hati...isk isk..pastu malas nak cuci balik tuh..astaghfirullahalazim...pastu gi saba' Islamic Media, survey buku, tgk tafsir, tgk cd..dan beli la pape yg patut..


PETANG ISNIN

Petang, gi Bukit Belacan..bukit ape tuh? hehe..ade air sungai kat situ...cantik memang cantik...tapi sayang nye tak la bersih dan terjaga sangat...tapi ok la...pengajaran kedua, lihat ciptaan Allah dengan mata hati...manusia perlu bersyukur ngan nikmat Allah..bukan setakat ckp Alhamdulillah dgn lisan dan dalam hati..tapi zahirkannya dgn perbuatan. cth dlm konteks ini : jgn cemarkan sungai dgn buang sampah merata-rata.


ISNIN MALAM

Malam makan kat NZ. Sedap sangat...Alhamdulillah...tapi yg silapnye, makan kenyang gile gile...[bukan berenti sebelum kenyang] konon tak mo bazir...tapi boleh je tapau..saje cari alasan...kan syaitan dan senang masuk pembuluh darah...ish ish..pengajaran ketiga...jgn kasik syaitan free free masuk pembuluh darah...makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Lepas makan kat NZ balik umah tuan rumah. Pastu plan nak tgk cd Sultan Muhammad Fatih yg beli kat saba' Islamic media siang tadi..Tengok nye tengok, konon khusyuk la sume org tgk..walhal, satu cd pun tak abis..sume syahid..rasa-rasa bahana ape? bahana kenyang kot? huhu...pengajaran keempat...bila perut kenyang, nanti jadi malas...oleh sebab itu, nanti susah nak beribadat...maka, makin menjauhkan diri kite dari Allah...jadi, tu la kepentingannye jgn kenyang kenyang sangat. Plus...jangan hangat-hangat tahi ayam!! huhu..


PAGI SELASA

Esok paginye, gi taman tasik titiwangsa...buat pe? gi tgk kuda..heh..memula nak naik kete kuda..tapi bukan weekend, tak dapat naik..pastu jenjalan la kat playground...pastu pusing blakang, nampak dak dak kecik naik kete kuda..sume org cam tak puas ati la..apesal diorang leh, kitorang tak leh..[walhal sedar je dak dak tu datang buat lawatan] tapi degil gak nak naik..pastu dua org sahabat yg pandai bodek [hehe] gi mencuba nasib...gi jumpe org sbb nak naik gak...pastu alih alih, dapat naik..huhu..[kanak2 ribena tak kitorang?] free lak tu... Pengajaran kelima, kalau Allah nak bagi rezeki, sekejap je boleh dapat...sunatullah jika usaha sungguh2, hasilnya setimpal ngan usaha yg dilakukan. tapi akhir skali, memang kene serah kepada ALLAH s.w.t. untuk menentukan sama ada kita patut atau tak patut dapat sesuatu kejayaan itu...

Lepas tu, gi masjid jamek..[gi kekedai kat situ] cari la pape yg patut...waktu nih la jumpe ramai orang..mcm macam jenis org. sedih bile terserempak ngan dak skolah menengah pakai uniform hisap rokok ngan rerakan...jalan cam gengster..isk isk..inikah pemuda pemudi harapan agama? tapi tak boleh salahkan diorang semata la..sebab tengok la kita dihidangkan dengan apa zaman skrang nih? mcm mcm jenis kemaksiatan..petik jari, sure leh access nye..astaghfirullah...terserempak ngan bapok juge...pakaian org, usah ckp la...hmm...realiti kehidupan kotakah itu?

Dan yang paling menyedihkan ana adalah apabila melihat banyak benar pengemis pengemis di sekitar kawasan tersebut. huhu...sedih sedih...petikan artikel nih ana amik dari website baheis..

Dalam konteks mencari nafkah, seseorang muslim harus bekerja dan tidak dibenarkan meminta-minta. Inilah salah satu pesan Allah yang boleh kita ambil pengajarannya, "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain" (Surah al-Syarh, ayat 7). Dalam kehidupan ekonomi sekarang, semangat bekerja harus sentiasa dipupuk, bukan semangat mengemis atau meminta-minta. Sebenarnya masih banyak peluang bekerja untuk memenuhi nafkah diri dan keluarga selama kita masih mempunyai kesungguhan untuk bekerja dan mempertahankan harga diri untuk tidak meminta-minta. Jadi, bila ketaqwaan kita mantap, Allah tidak hanya memberi rezeki yang tidak kita duga-duga, tetapi akan memudahkan urusan-urusan yang kita hadapi. Keyakinan dan usaha yang sungguh-sungguh merupakan modal yang sangat mahal harganya.



Bile pk pk balik...sepatutnye, konsert konsert merepek tak payah buat...duit bazir ratusan ribu kot nak anjur konsert2 yg memang bercampuraduk ngan maksiat. hmm...jika diberi duit tu kepada pengemis2 ni sbg modal utk diorg start do something, rasenye tak de la bertaburan pengemis kat malaysia nih...sedih bile duit dibelanjakan sesuka hati untuk hiburan, tapi untuk org yang memerlukan? tunggu pegawai kebajikan masyarakat kutip duit baru nak kasik...hmm...zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dulu, tak de org pun yg layak terima zakat. menunjukkan betapa telus dan mulus nya pemerintahan pada zaman itu. dan menunjukkan org islam nih boleh je maju kalau ikut al-quran dan sunnah...tak perlu bergantung kepada sistem ekonomi kapitalis...tapi kite tak cukup kekuatan utk bangkit semula...di manakah silapnya itu? are we blocking our mind to accept the truth of islam is the best way of life?

itulah die, negaraku, negaraku, negaraku...tanah tumpahnya darahku...huhu...nak biarkan aje ke?




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 11:53 pm"

(0) comments



Sunday, June 12, 2005

NO COMPROMISE!!! - SOLDIERS OF ALLAH

Assalamuálaikum...

sape nak dgr, sile download

http://www.geocities.com/totallyblank_o/No_Compromise_.mp3

Sile la hayati lirik die...walaupun lagu ni agak ganas...tapi ana boleh rase la perasaan org org yg buat lagu nih...memang patut pun...huhu...saye emo? YE..SAYE EMO!

sile bace berita hari ini

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm


NO COMPROMISE

We won't compromise this Deen
No matter how hard it seems
We won't compromise this Deen
Allah is with Muslimeen

They want to change
my name from Ali to Al
From Mohammed to Moe
Practice half of Islam
LAA'..!! I don't think so
do you remember the story of Bilal
How they were crushing him
between rocks
Because he wouldn't compromise
La - Ilaha - Ilallah
Mohammedun Rasul-lu-llah
ALLAHU-AKBAR!!!
From slavery to bravery
No negotiations of this Deen
Ya' Muslimeen Look to Islam
and you will see Islam is complete

No compromise at no cost
Practice Islam
and not just at the mosque
Doesn't make a difference
if it's him or her or me
We should be representing Islam
so stay strong
and Keep your Muslim identity




We won't compromise this Deen
No matter how hard it seems
We won't compromise this Deen
Allah is with Muslimeen

No compromise in this Deen
Victory is promised
For the Muslimeen
Carriers of the Deen
Back on the scene
Ready to unveil this kafir's scheme
Now we wonder why
Our youth decide to leave
Watching them compromise
Acting half way Islamicly incomplete
When they meet and they greet
The greatest Ummah ever to rise
Is now seen on his knees
An Ummah
who use to lead this world
Is now begging the kafir please
Have mercy
CAN'T YOU SEE?
THEY WANT US TO ACT LIKE THEM
THINK LIKE THEM AND BE LIKE THEM
BUT WE ACT BASED ON ISLAM
LIKE ALLAH DECLARED IN THE QURAN
Because we know
Who is in command
Islam will have the upper hand


We won't compromise this Deen
No matter how hard it seems
We won't compromise this Deen
Allah is with Muslimeen

Under no circumstances
No matter what they think
Sisters be Proud
A Muslimah
ALLAHU-AKBAR!!!
That's what you are
With that Hijab on
Despite the peer pressure
in our lives
Covering up a way
from the evil eyes
In school at work we advise
Don't compromise
Islam guides
Darkness to light
Weakness to might
Stand tall
Answering Allah's call
Brothers do the same
Don't play the kafir's game
We Muslims
Yeh..We stand up for each other
Brother to a brother
Islam has no contender &
WE WILL NEVER SURRENDER


You know what I agree with these brothers, how could they want us to bargain, how could two different system coexist within each other I mean communism as a system can not be part or cooperate with the democratic system or vice versa and these are man-made systems so how could a system from the creator of man coexist and be part of the man-made systems. NO man!!! We don't accept this, we will not compromise our Deen. I am speaking for all Muslims who know their Deen


NO COMPROMISE!

Ya Muslimeen

DON'T COMPROMISE

Ya Mu'meneen

NO COMPROMISE

Time is slipping

CAN'T COMPROMISE

Get on the right track

WON'T COMPROMISE

Take a STAND!

DON'T COMPROMISE

Remember these words

NO COMPROMISE

BRING ISLAM BACK

CAN'T COMPROMISE

Rebuild our state

WON'T COMPROMISE

Implement Islam

DON'T COMPROMISE

Legislate and regulate

CAN'T COMPROMISE

Islam is our creed

NO COMPROMISE

Halal is our means

CAN'T COMPROMISE

Open up your eyes

WON'T COMPROMISE

With One Ummah!

DON'T COMPROMISE

With One agenda!

NO COMPROMISE

With One vision

CAN'T COMPROMISE

No divisions

DON'T COMPROMISE

MUSLIM FOR LIFE!

NO COMPROMISE

MUSLIMS UNITE!

WON'T COMPROMISE

Brothers and sisters

DON'T COMPROMISE

Who know the truth

CAN'T COMPROMISE

Turkey to Afghanistan

DON'T COMPROMISE

Palestine to Iran

WON'T COMPROMISE

Listen to this call

CAN'T COMPROMISE

Let us be the ones

WON'T COMPROMISE

Breaking these walls

No compromise

United we stand

DON'T COMPROMISE

Divided we fall

NO COMPROMISE

Hold your applause

DON'T COMPROMISE

Bring back Islam

WON'T COMPROMISE

Live for Islam

No compromise

Work for Islam

CAN'T COMPROMISE

Keep your Deen strong

DON'T COMPROMISE

It's Allah's demand


NO COMPROMISE!

Obey only Allah's commend

WON'T COMPROMISE

DON'T COMPROMISE!

WON'T COMPROMISE!

CAN'T COMPROMISE!

NO COMPROMISE!




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:23 am"

(0) comments



Saturday, June 11, 2005

LEPAS SATU, SATU

Assalamuálaikum...

The following advertisment was pasted on the door of all junior girls' chalet. And it said:


DELTA RHO SORORITY


Enrich your college experience, join Delta Rho sorority!!! Interested to know more?



Day/Date : Tuesday, 14th June 2005
Time : 4.15 p.m.
Venue : LT2


Pastu, ade la adik-adik nih kasik tau ade notis about this club kat notice board. Terus la gi bace. Ni la isi kandungannye:

__________________________________________________________


Delta Rho Sorority



Introductory of 'Sorority'

A sorority is chiefly a social organisation of female students at a college or university, usually designated by Greek letters. Sororities were originally founded on dedication to principles such as common services, sound learning and leadership qualities. Apart from the use of Greek letters, the common theme running through all is the building of friendship and 'sisterly' bonds through shared experiences and efforts.


Introduction of Delta Rho

Delta Rho is a college social sorority founded in the dedication to fully intergrate the relationship between junior and senior girls. The purpose of Delta Rho Sorority is to promote true friendship among the girls of KYUEM by inculcating into their hearts and lives those principles of truth, honour, duty, without which there can be no true friendship. The 'sisterhood' formed will be helpful, especially to sub-juniors, during the first semester whereby it is the period of time for them to settle in. Delta Rho will help sub-junior members to fit into college lifestyle effortlessly. Most importantly, Delta Rho, will strengthen bonds between members as there will be weekly meeting and as membership is limited, the amount of attention paid to every member is undivided.


Main Agendas

1. Active participation towards college unity by closing the gap between seniors and juniors.

2. Voice out concerns and interests of women within reason.

3. Ensuring that every members fully savoures college life and what this wonderful place has to offer in non-academic activities.

4. Ensuring that every member will be successful in her studies by guiding every sorority member and helping each other.

5. Encouraging each member to live a healthy life by being enthusiastic in the engagement of physical activities.

6. Instill the values of teamwork, cooperation, tolerance, honour and honesty



The object of Delta Rho Sorority is the formation and perpetuation of good fellowship, friendship and sisterly love among its members, the encouragement of literature and education; the promotion of social interest; and the futhterance of charitable and benevolent purposes.

Delta Rho is not merely a club. It is a sisterhood. Those who are keen to jin the sorority or are interested to know more about Delta Rho, please assemble in LT2 on Tuesday, 14th June 2005 at 4.15 p.m. All junior girls are most welcomed.


p/s: All further notices should be on pink paper

___________________________________________________________


Maybe ramai kot yang tak tau pasal sorority nih amende...ana pun tak tau..sape yg slalu bace english book dan tgk tv american stories tau la kot sket sket psal club nih. Yang dah diceritakan kat ana adalah club nih in most colleges and universities members die terdiri di kalangan so-called-popular bunch of people...u know kalau kat sane, popular tu cam mane kan. and lagi satu, members of sorority club nih kire the chosen one la...maybe this junior batch die buat volunteer...tapi next junior batch? wallahuálam...

ok la...tak boleh nak condemn awal awal...maybe die nak buat lain dari sorority club yg diasaskan kat america. tapi, probability nye begitu tinggi kah? lagipun, membership untuk club ni limited..[die ada cakap kat atas tu] so, nape kene sisterhood ngan certain groups of people aje? dan ade kawan ckp gak, kire sorority club nih agak as-sobiah tak kene tempat...bagus bonding kuat tu, tapi kene la ikut tempat dan keadaan...

Closing the gap between juniors and seniors...hmm..house kan ade...ta'alim kan selalu buat...[lain la kalau house cap house tu tak bergerak..tu tak leh nak nolong la] kan time tu boleh closing the gap...bukan setakat sorority members nih je...malahan untuk semua jenis golongan manusia. dari yang tak kenal, jadi kenal, dari yg tak rapat, jadi rapat...hmm...

Delta Rho will help sub-junior members to fit into college lifestyle effortlessly...huhu..college lifestyle skrang cam mane??????

Voice out concerns and interests of women within reason....moga berlandas al-quran dan sunnah...

yang paling ana takut...ladies' night akan muncul kembali...


wallahuálam...sbb ana sendiri tak arif pasal mende nih..jadi tak leh cakap byk...tu sedikit sebyk perkara-perkara yg ana takut je la in the future terjadik and just my thoughts and some of my friends'.

sbb org skrang nih sgt sensitip...ckp sket tak leh...ckp mende btol je terasa...ckp pendapat je nak melenting...jadi, ana nak kene cakap la..ana bukan nak menghukum awal awal...cuma itu la kerisauan di hati. perhaps sorority club nih memang bagus dari segi ajaran islam...tu ana tak tau..wallahuálam..

so, what do u think?


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 9:32 am"

(3) comments



Friday, June 10, 2005

KU PINTA REDHAMU

Redha-Mu padaku yang kupinta.....
Redha-Mu padaku yang kupinta.....
Redha-Mu padaku yang kupinta.....

Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sehat
Yang penting adalah redha-Mu, redha-Mu

Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Sebab itu aku meminta selalu....

Jika redha-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli


Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Engkau kan murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka

Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redha-Mu
Tuhanku...

Berilah keredhaan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fadhilat
Bukan kerana syurga
Bukan kerana manusia


Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku

Redha-Mu padaku yang kupinta.....
Redha-Mu padaku yang kupinta.....
Redha-Mu padaku yang kupinta.....
Kupinta selalu





Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu




Ku bersyukur ke hadratMU ya ALlah, di tika aku kealpaan, di kala aku dibuai kesenangan dunia, Engkau turunkan kepadaku suatu perkara yang menyedihkan. Di saat itu baru ku tersedar yang sebenarnya aku telah melupakanMU. Aku bersyukur ya ALlah, aku bersyukur ya ALlah, aku bersyukur ya ALlah...Walaupun perkara itu bisa mengguriskan dan memedihkan hati ini, namun sesungguhnya, ia bisa membuat aku tersentak dari lamunanku yang melupakanku dari mengingatiMu...Baru ku sedar, aku telah melupakanMu...Begitulah manusia, akan lalai dengan ujian kenikmatan. Hanya tersentak bila diuji dengan kesusahan.

Ikhlaskan hatiku dalam apa jua yang ku lakukan..JIKA REDHAMU KAU BERI PADAKU, SEKALIPUN SELURUH DUNIA MENGHINA KU AKU TAK PEDULI...moga diri yang hina dina ini akan sampai ke tahap itu dan istiqamahkanlah aku di jalanMU yang benar lagi lurus...Dan jadikan air mata ini hanya untukMU ya Rabbul Izzati...Ameen...


"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 6:00 pm"

(0) comments



TUPAI

Assalamuálaikum...

Tupai



Mesti korang pelik, ape la buang tabiat perempuan sorang nih...entry pasal tupai lak..huhu...saje..nak buat mende ringan sket...sbb rase macam otak serabut gile kot minggu nih. [Minta ampun dan maaf kepada rerakan kerana agak emotional kot minggu nih..huhu..korang tau la pasal ape ye].

Lagu Tupai yang encik Halim Yazid nih, ana first dgr kat umah. Lagu favourite ayah...huhu...naik muak gak la dalam kete dok pusing pusing lagu tu gak [kaset halim yazid tu kawan die kasik]. Memula memang rase apehal la lagu nih...tapi lelama dgr, ade la jugak pengajaran..[tak paham sgt pun awal-awal tu]

Pastu, dok cari gak la lagu nih kat internet..lastnye, semalam maizatul jumpe berserta ngan lirik..sape nak dgr, save target la link kat bawah ni.

http://www.geocities.com/totallyblank_o/HalimYazid_Tupai.mp3


TUPAI - HALIM YAZID


Ada seko anok tupa,
Atah jula mokte,
Kudung eko, peghuk lapa
Jale caghi make 2x

(Ada seekor anak tupai di atas dahan pokok rambutan.
Ekornya kudung, perutnya lapar. Jalan2 cari makan)



Kejadie tuhe, di pangge namo tupa
Asa nyo dale ute, sejenih mamalia..

(Diciptakan tuhan, diberi nama tupai. Asalnya dr hutan, sejenis mamalia)


Kalu pasa jakkik kot dahe,
Dio lah ye paling handa,
Jatoh jaghe-jaghe,
Keghano dio tok soba..

(kalau pasal lompat-lompat dr dahan ke dahan, dia lah yg paling terer.
Jarang2 jatuh. Kalau jatuh pun sbb dia tak sabar)



Sepanda-panda tupa meloppak,
Jatuh tannoh jugok,
Nok wi hambak oghe jahak,
Janghe telajok maghoh

(Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
kalau nak tangkap atau kejar org jahat, jgn terlampau marah)



Oghe jame ghitu, pakak hambak tupa
Bimbe ko buoh baghu, takok tok de besa
Hanyo deghie, duku .. kalu de nya keghik tupa,
Pendek taung tu, nyo deghie tok de nok jua

(Org zaman dulu, ramai-ramai kejar tupai. Risaukan kebun,kalau ada buah baru, takut tak sempat besar. Kalau pokok durian ke, duku ke.. kalau dah digigit tupai, tahun tu mesti durian tak boleh nak jual)


Oghe seghabuk, tupa seko
Beghambak aghi-aghi,
Nyo pakak likong, nyo pakak pekong,
Tupa tok leh laghi

(Org serabut dgn tupai seekor. Hari2 berkejar-kejar.
Semua org pakat2 kepung, pakat2 baling dgn batu.. Akhirnya tupai tak boleh lari lagi)



Setakak bede ado, tupa habih mati,
Hokni lah sayo raso, kito sangak ghugi
Kito maknusio, setinggi mano pong kito ngaji,
Nok wak tupa seko tetu skali doh tok jadi

(sejak ada senapang/ pistol, tupai dah byk mati. Yg ini lah saya rasa, kite sgt rugi. Kite manusia ni, setinggi mana pun kite belajar, kalau nak soh buat tupai sekor, tentu skali tak menjadi)


Loni kapung, atah pagar, jaghe buleh tengok,
Bapok tupa, ibu tupa, jale bawok anok 2x

(Skarang ni, di kampung, kalau kat atas pagar, dah jarang boleh nampak..
bapak tupai, mak tupai jalan bawak anak)



Ghaso sie sunggoh, tengok seko anok tupa,
Keghano telajok kughuh, sapa tok leh nok niti pagar
Bulu-bulu pong habes lughoh, air mato begha-begha,
Maghi dale baghoh, bokali keno ghacung tupa

(rasa kesian sungguh!.. bila tengok seekor anak tupai.. Disebabkan terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar. Bulu2 di badan pun dah habes luruh,
air mata berlinang-linang. Dtg dr dlm baruh, mungkin dia termakan racun tupai)



PENGAJARAN

1. Tupai seekor mamalia

2. Kalau nak marah atau nak bengang, marah dan bengang lah kerana ALLAH...[kalau tupai makan buah kite kire marah kpd ALlah ke? jawab sendiri] pk balik, nape la aku marah. Adekah sesuatu mende atau seekor haiwan atau seorang manusia itu telah mencabuli hak ALlah? kalau ye, maka bertindaklah secara rasional dan jangan mengkhinzir buta.

3. Manusia sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni. Manusia dikurniakan akal dan itu merupakan satu nikmat. Jadi gunakanlah akal tu dengan baik untuk memakmurkan bumi ini. Bukan untuk menghancurkan bumi ni. Banyak manusia menggunakan akal tanpa berlandaskan wahyu. Itu yang jadi hura hara dunia nih. Alam tercemar, dunia tak aman, manusia lemah ditindas. Ini sume gara-gara sekelompok besar manusia yang terlalu mengikut nafsu serakah dan hidup dgn mentaliti "aku senang cukup. org lain, gasak aaa!!"

4. Lagu rakyat adalah lebih memberi pengajaran daripada lagu-lagu pop dan rock yang merepek [ade jugak la yg ok...tapi lebih byk yg melalaikan] dan ade juga yg boleh merosakkan aqidah secara tak langsung. kalau lagu omputih tu byk la kot. dok puja puja syaitan. kalau lagu melayu : "Tiada lafaz yang lebih agung Kalimah cintamu" . Familiar tak? haa..suke hati je letak...walhal, kalimah agung adalah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...

5. Jangan judge lagu berdasarkan kesedapan lagu, judge la melalui lirik. Carilah pengajaran...


wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:40 am"

(0) comments



Thursday, June 09, 2005

GHUZWATUL FIKR


Ghuzwatul fikr berasal dari kata "al-ghazw" dan "al fikr", yang secara harfiah dapat diertikan "perang pemikiran". Yang dimaksud ialah usaha-usaha gempur pihak musuh musuh Allah SWT untuk meracuni pikiran umat Islam agar umat Islam jauh dari Islam, lalu akhirnya membenci Islam, dan pada tingkat akhir Islam diharapkan habis sampai ke akar-akarnya. Usaha ini telah berlangsung sejak lama dan terus berlanjut hingga kini.

Ghuzwatul fikr ini dimulai ketika kaum salib dikalahkan dalam sembilan kali peperangan besar. Kemenangan kaum muslimin itu sangat mengagumkan kerana pasukan muslim yang bertempur dalam peperangan hanya sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan pasukan kuffar. Pasukan Khalid bin Walid misalnya pernah berperang dengan jumlah tentera sekitar 3000 orang, sedangkan pasukan Rom yang dihadapi berjumlah 100 ribu orang [ ratio 1:35]

Allah memenangkan kaum muslimin dalam pertempuran tersebut. Kekalahan demi kekalahan itu akhirnya menyebabkan kaum salib mencipta strategi baru. Di bawah pimpinan Raja Louis XI, strategi baru tersebut dilancarkan. Caranya bukan lagi berupa penyerangan fizikal, tetapi musuh-musuh Allah itu menghantar orang-orang terbaik mereka ke Kota Makkah untuk mempelajari ISLAM. Niat atau motivasi mereka bukan untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran ISLAM, tetapi untuk menghancurkannya. Pembelajaran dengan niat yang terpesong itu ternyata berhasil.

Tafsir dikuasai, hadis dimengerti, khazanah ilmu ISLAM digali. Setelah sampai ke tahap dan tingkat ahli, para "pelajar" ISLAM dari kaum Salib ini kembali ke Eropah, lalu membentuk semacam Research and Developent untuk mengetahui kelemahan ummat ISLAM agar dapat mereka kuasai.

Kesungguhan mereka dalam mempelajari ISLAM tersebut memang luar biasa. Dikatakan dalam sejarah, kisah seorang pelajar ISLAM dari kaum salib yang rela meninggalkan anak isterinya hanya untuk mengembara ke negara-negara ISLAM untuk mencari kelemahan negara-negara itu. Di antara pernyataan mereka ialah,

"Sia-sia jika kita berperang melawan umat ISLAM selama mereka berpegang teguh pada agama mereka. Jika mereka teguh dan kuat terhadap agama mereka, kita pasti tidak dapat berbuat apa-apa. Oleh itu, tugas kita yang sebetulnya adalah menjauhkan ummat ISLAM dari agama mereka. Barulah kemudian kita mudah mengalahkan mereka..."




Gleed Stones, mantan Perdana Menteri Inggeris juga mengatakan hal yang sama,

"Percuma memerangi ummat ISLAM, kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda pemuda ISLAM Al-Quran masih bergelora. Tugas kita kini adalah mencabut Al-Quran dari hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka..."




Dahulu, para penjajah menyerang kaum Muslimin dengan senjata bom, meriam dan peluru. Serangan itu hingga kini sebetulnya masih tetap berlangsung. Hanya yang dijadikan sasaran bukan lagi jasmani, tetapi akidah umat Islam. Salah satu tujuannya ialah bagaimana agar fikrah (ideologi) atau akidah umat Islam rosak. Tujuan paling akhir adalah bagaimana agar Islam dan umat Islam berhasil dihabisi riwayatnya dari bumi Allah SWT ini. Serangan inilah yang disebut ghuzwatul fikri (perang ideologi). Dan senjata yang dipergunakan bukan lagi bom atau peluru, tetapi surat kabar, majalah, radio, televisyen dan media media massa lainnya, baik cetak maupun elektronik, baik yang sederhana, maupun yang super canggih. Untuk mengantisipasi atau mengimbangi serbuan ghuzwatul fikr itu, umat Islam antara lain harus mempunyai jemaah yang kukuh, yang dikelola oleh para Ulama dan jurnalis Muslim yang betul betul faham Islam secara benar; dengan peralatan dan teknologi yang memadai dan mampu menampilkan tulisan dan berita yang benar serta baik secara menarik dan bijaksana.


Ada beberapa jenis ghuzwatul fikri ini dan salah satu daripadanya adalah dengan merosakkan pola pemikiran kaum muslimin. Ideologi-ideologi dan isme-isme yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah diwarwarkan secara meluas melalui media-media yang telah disebutkan tadi. Dunia sekarang telah berjaya mereka kuasai dan orang ISLAM semakin lemah dari satu generasi ke satu generasi memandangkan semakin ramai yang tertipu dengan ideologi-ideologi duniawi yang dicipta oleh mereka sekadar untuk memuaskan nafsu serakah mereka dan sama sekali tidak dapat menandingi kesyumulan ISLAM yang diwahyukan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Mereka selalu memakai kata-kata terrorists, fundamentalists, extremists untuk memburuk-burukkan golongan pejuang kaum muslimin yang gigih mempertahankan kemerdekaan negeri mereka dari penguasaan penjajah yang zalim dan melampaui batas sedangkan apa yang mereka perjuangkan adalah benar di sisi agama ISLAM. Apa yang disampaikan kepada kaum muslimin di negeri-negeri lain adalah sesuatu yang benar-benar jauh dari realiti bahkan sengaja diputarbelitkan dari kenyataan yang sebenar. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, ramai golongan muslimin yang dengan buta tuli dan tanpa usul periksa menerima berita ini bulat-bulat tanpa terdetik di hati mereka bahawa mereka sebenarnya ada agenda tersendiri untuk menghancurkan agama ISLAM!!!

Tengok sahaja di negara kita sekarang, malaysian idol, audition, akademi fantasia dan lain lain rancangan-rancangan melalaikan dan banyak kemungkaran dari kebaikan berleluasa dan hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar merasakan perkara ini bertentangan dengan ajaran ISLAM. Konsep humanisme diagung-agungkan. Manusia mempunyai hak asasi masing-masing untuk menentukan keputusan hidup mereka dan apabila bertentangan dengan ajaran ISLAM, tiada siapa yang patut mempersoalkan keputusan itu kerana kita hidup atas jalan yang kita pilih sendiri. Hmm....Ada yang lebih berani berkata, "Kalau perbuatan saya itu satu dosa, itu hal saya dengan ALlah. Orang lain tak perlu sibuk untuk tahu..." Tidakkah ini lambang kemenangan kuffar?


Sesungguhnya, majoriti kita memang telah tewas dalam peperangan ini!!! We must do something!





"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 1:18 am"

(2) comments



Tuesday, June 07, 2005

HMM...

Assalamuálaikum...

Mari doa sama-sama..


Bismillahirrahmaanirrahim...

Allahumma arina al haqqa haqqan, war zuqnattiba'ahu,

Wa arinal bathila bathilan, war zuqnajtinabahu.





O Lord...
Let us see the truth, and let us follow it.
And let us see the falsehood as such and let us keep away from it.



Ya ALLAH ...
Tunjukkanlah kami kepada HAK yang hakiki, dan berikanlah kami kemampuan untuk mematuhinya.
Dan tunjukkanlah kami kepada BATHIL yang hakiki, dan berikanlah kami kemampuan untuk menghindarinya.




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:57 am"

(0) comments



Monday, June 06, 2005

BILA POINTBLANK MULA BERSUARA

Assalamuálaikum...

hmm...kat college kite yg tercinta nih skrang agak ramai la yg dressing tak sepatutnye..makin menjadi jadi..termasuk la budaya couple..pun makin menjadi jadi...dalam keadaan ni, rata-rata pihak mengambil langkah berdiplomasi sama ada dgn sc ataupun dgn mana mana pihak yg terlibat utk mengatasi masalah ini. Tapi, antara ramai ramai students kat sini, muncul satu unknown writer yg nickname nye ialah POINTBLANK..[perlu diingatkan pointblank tak sama ngan totallyblank...tapi kalau same best gak..huhu] yg menulis artikel yg bakal saye sertakan bersama entry ini [tak tokok tambah nye eh..] dan ditampalkan di dua notis board, satu kat dining hall, satu kat acad block...mungkin ade yg tak sempat nak bace sebab artikel nih telah dicabut oleh encik2 dan cik2 sc dgn pantasnya...

walaupun english die tak la btol sgt [mengikut kate seorang sahabat yg tere english] tapi yg penting manusia pointblank nih berani bersuara...nak kate radikal? tak kot..sebab rasenye dah ramai yg letak kat dalam suggestion box sc mengatakan tidak puas hati ngan perkara perkara yg disebut tadi. dan ade lagi la peristiwa yg mampu membangkitkan ketidakpuashatian sekiranya kite tau perbualan antara sc dan puan rog.

pointblank telah bersuara...kite bile lagi??


THANK YOU FOR THE SOFT PORN



Look surrounds you. Now! Can you see anyone parading her XXXX with arrogance and egotism or can you see XXXX through anyone's tops? No, that means you are not in KYUEM!

I wish I can run somewhere in this college and bury myself from these walking soft porn parades. Why? Because I'm disgusted with this matter and I love to spare most of my brains's memory capacity with kowledge or anything that well mannered, but not XXX. Come on, you're not a slut! Stop behaving childishly and start to be a respectful adult.

Once, I heard someone argued about this issue and say, "Well, that's their choice, we cannot do anything!" However, in my opinion and with some conscience in my mind, this is not about options. It's never reflected about conservetism. It's nothing being a skema or a boring student. It's in no way to be a hypocrite. It's certainly not feminisim or gender equality. It doesn't concern on any religions, beliefs or creeds. It's by no means about striving of human rights or liberty that Western Capitalists have spawned inside our blind minds. It's just about our responsibility and respect to others, people surrounds us. Bear in mind these useful words, responsibility and respect. I do believe that all religions in this world educate its followers to love and respect each other.

I do respect and admire all teachers and staffs of college who display a high-quality attitude and behaviour. I judge they are the most right and proper role models to us, students; compared to common beliefs : some "student leaders." It is not a hesitation for me to say publicly that our teachers and staffs are among the best guidance to be followed.

Please keep safely your fake smiles and foolish lies from our eyes, SC. You yourself cannot show or pose a noble image to us. Even, some of you transgress the college's dress code and etiquette. Intentionallay, I am not against you. But I just try to speak the voice of most of the students here to cease this huge yet insidious conflict.

I know that dressing resolution is better than forwarding complaints. So, I suggest that the rules and regulations in this matter should be more enforced, reviewed, updated and obeyed by students, all. I found this on the first day of induction week. Perhaps next future juniors could find us as their good examplar:

[totally blank: sorri tak dapat buat table]

Events : Acad hours Monday-Friday
Male : Smart casual. Trousers, plain shirts, dark shoes and dark coloured socks
Female : Baju kurung/kebarung. Long skirts without slits. Blouses (decent length, not see through or body hugging). Court shoes

etc..etc..etc..

[A piece No. 5 college code of conduct Attire and Appearance]


Thank you for disagreeing this article and choosing to be a .... By the way, thanks again for the soft porn, really appreciated.

(Sorry for any offended words. Just trying to make things clearer
)


-Pointblank-




what do you think?

wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 5:38 am"

(1) comments



Sunday, June 05, 2005

KEPERIBADIAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI, PAHLAWAN PERANG SALIB

Assalamuálaikum...

Berdepan dgn pelbagai tribulasi yg memeritkan, umat ISLAM seperti kehilangan arah dan pedoman. Di merata dunia umat ISLAM menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh-musuh ALLAH. Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanahair sendiri. Dalam suasana tragis ini, umat ISLAM amat memerlukan pimpinan berwibawa bagi memulihkan martabat dan maruah umah yg selama ini ditijak-tijak dan dihina secara berterusan. Salahuddian Al-Ayyubi adalah antara contoh pimpinan yg ulung bagaimana ummah mampu mengalahkan musuh yg kelihatan gagah perkasa tetapi sebenarnya kontang dan tandus jiwa mereka....

[1]

Kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan pasukan ISLAM ternyata menumbuhkan semangat luar biasa pada kaum Eropah. Serentak mereka bangkit, berjuang bersama-sama menghadapi Salahuddin. Berdatanganlah tiga gabungan pasukan dari negara-negara Almania(German), Feransa(Perancis), dan Inggeris. Masing-masing dipimpin oleh rajanya. Pasukan German di bawah pimpinan Raja Frederick Barbaros, pasukan Perancis dipimpin oleh Philip Agustus, dan pasukan Inggeris dipimpin Raja Richard. Ancaman ketiga-tiga pasukan itu benar benar merupakan hal yg cukup hebat. Apalagi dibantu dgn kekuatan penuh dan angkatan laut masing-masing.

Jumlah pasukan yg begitu byk dan begitu kuat, sama sekali tidak menakutkan beliau. Yang ditakutkan hanyalah kemurkaan ALLAH s.w.t. Keyakinan demikianlah yang byk menghasilkan ketenangan sehingga dlm mempersiapkan strategi perang dpt berjaya dgn cemerlang. Sifat khusus yg beliau miliki ialah semakin byk musuh yg dihadapi maka semakin kuat dan teguh pendiriannya. Perasaan gerun atau takut tidak ada sama sekali. Usaha beliau yg utama adalah memohon pertolongan kepada ALLAH s.w.t. Beliau yakin, jika ALLAH bersamanya, kemenanganlah yg akan dicapai. Tapi jika ALLAH s.w.t telah meninggalkannya, maka apapun usaha yg dilakukan sama sekali tidak akan membuahkan hasil. Dan itulah akhirnya yg terjadi. Pengepungan kaum Eropah utk merebut kembali Baitul Maqdis sama sekali tidak berhasil.



[2]

Di antara pasukan2 ISLAM [tentera Salahuddin], ada sekelompok sukarelawan yg bertugas menyusup ke daerah lawan. Tugas ini khusus dilakukan malam hari. Mereka bertugas menculik org2 penting dr pasukan lawan dari khemah2nya. Satu kali ada seorang sukarelawan yg salah menculik. Di malam yg gelap gelita, yg terambil olehnya adalah seorang bayi kecil.

Hilangnya bayi dari khemah pd tgh malam itu terus diketahui oleh ibunya. Seketika wanita itu berteriak-teriak seraya menangis meraung-raung. Kemudia dibawa menghadap rajanya, Raja Richard. Mendengar kisah yg menimpa sang ibu, Raja tersebut menyarankan agar menghadap Sultan Salahuddin. Katanya :

"Cubalah pergi kepada Sultan Salahuddin. Laporkan masalahmu kepadanya. Aku yakin dia akan mengabulkan permohonanmu itu. Aku dengar dia seorang yg berhati lembut, penuh kasih sayang. Pergilah..!! Kami mengizinkanmu. Segeralah berangkat, mintalah anak itu daripadanya..."

Pergilah ibu itu ke khemah pasukan ISLAM. Sesampai di gerbang penjagaan, dia disoal oleh pengawal. Setelah wanita itu menceritakan urusannya, segera dia dihantarkan kepada Sultan Salahuddin. Saat melihat Sultan, wanita tadi terus jatuh menangis teresak-esak. Ketika itu Sultan Salahuddin yg berada di atas kuda di tengah-tengah pengawalnya. Melihat keadaan wanita itu, sultan segera menanyakan sebabnya. Setelah mendengar ceritanya, sultan terharu sekali, bahkan sampai menitiskan air mata. Segera beliau memerintahkan untuk mengembalikan bayi itu.

Ternyata bayi itu telah dijual di pasar oleh sukarelawan yg tersilap culik tadi. Sultan memerintahkan utk menebus kembali bayi itu. Beliaulah yg membayar harga tebusannya. Setelah didapatkan, bayi tersebut segera diberikan kpd ibunya yg masih menunggu. Sejenak ibu itu menyusui bayinya itu. Sultan pun segera memerintahkan utk menghantarkan ibu dan anaknya dgn kuda diiringi oleh beberapa org pengawal supaya selamat tiba di perkhemahannya.

Peristiwa tersebut menjadikan lawan-lawan beliau memberikan simpati dan pujian tersendiri. Mereka menyebut Salahuddin sebagai "seorang yg berjiwa penuh kasih sayang." Kerana kelebihan dan kemuliaan peribadi beliau membuatkan seorang penyair mengatakan :

"Katakanlah kepada raja-raja yg ada...!!

Agar berhati-hati dalam menjaga kekuasaannya.

Sebab telah datang seorang penguasa dunia

dan pengasihnya telah tiba...! "





wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:38 am"

(0) comments



Saturday, June 04, 2005

SHARE 2

Assalamuálaikum...

Disebabkan semalam dah janji nak update blog hari ni utk kisah kedua, kene gak la update walaupun sebenarnye pagi nih tak de la berhajat nak berlama-lamaan depan comp...

selingan jap...semalam celebrate birthday one kat takraw court blakang kampung topaz...sementara tunggu kedatangan cik one, tgk bintang yg bertaburan kat langit..huhu..cantik!!..subhanallah...teringat lak kenangan lepas spm, malam tu memang tido tiga jam je kot [can't really remember]...selebihnye panjat bumbung bangunan reramai dan makan makan atas bumbung plus tengok bintang [tu la bestnye skolah sume perempuan..heheh] dan yg bestnye, dpt tgk about 3 to 5 tahi bintang, or meteor [pape je la org panggil, sy sendirik tak sure]...memang gembira gile time tu sebab tak pernah tgk dan mcm malam tu byk pulak bintang yg cerah cerah sumenye...Alhamdulillah...rezeki Allah nak kasik utk saye nak tgk...memang indah btol ciptaan Allah nih...hmm...sayang ek, tak de kamera canggih nak amik gambar-gambar nih..kalau bangun subuh tu, pandang pandang la langit...lately nih byk gak la bintang sebab tak hujan..tak de awan..hmm..

ok dah..sambung kisah kedua semalam seperti yg dijanjikan.



KISAH KEDUA

Petempuran memperebutkan Kota 'Aka ni berlangsung cukup lama. Masing-masing pihak Eropah dan Islam belum mempunyai gambaran kalah atau menang. Pasukan Eropah mendapat banyak bantuan sama ada dari darat atau dari laut. Kejadian berlarut-larut ini mendapat tanggapan dari Al-Fadhil, seorang hakim di Mesir. Hakim ini menulis surat kepada Sultan Salahuddin, kandungannya antara lain sebagai berikut:



"....Bahawa pengepungan yang berpanjangan ini disebabkan banyak dosa dan kejahatan yag dilakukan orang-orang kita. Kerana ALLAH sekali-kali tidak akan memenuhi kehendak seseorang selain sesuai denagn kepatuhan orang itu kepada-NYA.

"....Apa yang kita dapatkan adalah sebenarnya merupakan dari apa yang kita kerjakan. Apabila kita benar-benar mengerjakan sesuatu dengan penuh tanggungjawab, maka ALLAH pasti akan menunjukkan hasil yang sepadan. Jika kita selalu taat kepadaNYA, maka ALLAH pasti tidak akan melimpahkan rahmatNYA kepada lawan-lawan kita...."




Itulah sebahagian apa yang disampaikan oleh Al-Fadhil, seorang hakim terhormat di Mesir. Satu amaran yang tegas yang keluar dari hati bersih dan jujur. Seorang menteri berperibadi luhur dan selalu menggunakan akal dalam menganalisa setiap persoalan. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA kepada hakim yg mulia itu...

__________________________________________________________________________________

Jadi, ana nak mengajak rerakan sume relate la ngan situasi pada masa skrang...tak perlu ana elaborate lebih...sudah terang lagi bersuluh...ana quote part of lagu ABABIL yang dinasyidkan oleh RAIHAN:

Persoalannya mengapakah kita di zaman ini
dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita
tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
kerna cinta dunia dan takut mati
(al-wahan)
cubalah kita koreksi diri




wallahuálam...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:34 am"

(0) comments



Friday, June 03, 2005

SHARE

Assalamuálaikum...

semalam bace buku SALAHUDDIN AL-AYYUBI karangan Dr. Mahmud Syalabi before tido...pastu, ade satu mende yg tetibe menusuk lak bile bace...jadi nak share la...
dah lame dah bace buku nih..huhu..dah dekat sebulan...bace terengsot engsot...walhal boleh je...tapi tula namenye byk bagi alasan nak blaja la..nak tu la nak nih la..erm...bace buku ni sebab lepas tengok KINGDOM OF HEAVEN...nak tau sejarah yg die potray kat filem tu, tol ke tak...patutnye ana letak entry pasal my review of that film kan? tapi....nanti la...rase cam nak tengok again reramai ngan rerakan lepas abis exam...insyaALlah...jadi, kembali kepada point tadi, maka ana nak share la ape yg menusuk jiwa ana semalam...ade org yg tak tau sejarah pasal turutan perang perangnih, tapi, tak pe la..kite amik ape yg penting, k? dan diingatkan mende nih dah di ringkaskan...kalau nak bace lebih detail, sile la mencari buku dan bace.

KISAH SATU

Kemenangan gemilang di Hiththin [dalam peperangan Hiththin] semakin membangkitkan semangat dan kepercayaan diri dari pasukan mujahidin. Jadi, ini membawa kepada beberapa kejayaan lain termasuk la kejayaan menakluk kota 'Aka yg berjaya ditakluki tanpa peperangan, tetapi utusan datang untuk meminta keamanan dan perlindungan daripada pasukan ISLAM.

Lepas beberapa ketika, selepas Kota 'Aka yang sudah berada di tangan kaum Muslimin kali ini dikepung oleh kaum Nasrani Eropah. Keadaan seolah-oleh berbalik. Biasanya yang mengepun satu kota adalah pasukan Muslim, kini pasukan Muslim yang berada di kota 'Aka dikepung secara besar-besaran oleh orang Eropah. Kepungan nih hebat...dapat banyak bantuan dari banyak pihak Eropah termasuk dari segi pensejataan. Bangsa Eropah berjaya membuat satu senjata yang cukup mengejutkan. Berupa tiga buah kenderaan tinggi dan mempunyai tayar. Terbuat dari kayu dan besi. Kenderaan in besar sehingga mampu mengangkat lebih kurang lima ratus orag pasukan. Kenderaan tersebut boleh diarahkan kemana saja. Dilengkapi pula dengan senjata atau alat pelempar api. Benar-benar senjata baru yg cukup lengkap.

Pastu, berita nih meresahkan Sultan Salahuddin. Pastu, pk nye pk, akhirnye dapat ditemukan kelemahan senjata baru itu. Yakni dengan dibakar. Sebab mende tu dibuat dari kayu dan besi. Kayu senang terbakar. Besi lak boleh dilelehkan dengan campuran ramuan tertentu. Sultan dapat bertindak cepat. Segera dikeluarkan maklumat bagi para ahli peleburan besi. Bagi mereka disediakan hadiah yang cukup menarik.

Muncul seorang pemuda ahli tembaga yg bernama Ali bin Arief Annahhasien bersedia utk membakar kenderaan2 tersebut. Beliau pun menyediakan ramuan ramuan yg beliau tahu. Ramuan tersebut dibakar dalam tiga panci tembaga hingga mendidih.

Cairan inilah yang disiramkan ke atas kenderaan itu dengan menggunakan alat pelempar api, sehingga dapat dilakukan dari dalam kota 'Aka. Lemparan tepat pada sasaran. Ramuan itu ternyata ramuan yg ampuh. Terdengarlah jerit kesakitan dari lima ratus pasukan yang lebur bersama leburnya kenderaan itu. Serentak dengan itu terdengarlah pekik takbir dari umat ISLAM. Kaum Eropah benar-benar marah dan kecewa. Senjata baru mereka hancur hanya dalam satu hari saja. Di pihak ISLAM kegembiraan mewarnai seluruh pasukan. Senjata yg menakutkan telah musnah. Sultan Salahuddin memanggil pemuda tersebut dan memberikan hadiah sesuai dengan janji. Tapi apa jawab pemuda itu?

"....Saya melakukan semua itu hanyalah demi membela agama ALLAH. Hanya limpahan pahala dariNya yang saya harapkan. Dari kalian saya tidak mengharapkan apa-apa, walaupun sekadar ucapan terima kasih..."

Demikianlah ucapan pemuda Ali bin Arief ketika menolah hadiah yg diberikan Sultan Salahuddin.



mampu ke nak jadi cam tu? same same pk kan...alang alang buat keje sket pun nak harapkan org acknowledge keje kite buat. astaghfirullah...betapa hati kite ni berkarat tahap max..huhu..moga dapat pengajaran...esok insyaALLAH sambungan kisah kedua yg menusuk hati..actually, lebih kepada kata kata...wallahuálam...




"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 7:49 am"

(0) comments



Wednesday, June 01, 2005

DAH DAPAT LIRIK DAH!!!

Assalamuálaikum...

huhu...akhirnye dapat jugak lirik lagu nih berserta ngan translationnye...terima kasih bebyk kat dua org insan yg kasik lirik nih... hmm...semoga menghayati liriknye...

doakan lagi sket je paper nak habis nih..huhu...akan ku teruskan usaha mengupdate blog dgn mende mende berilmiah lepas abis pekse nih insyaAllah...

FI LAILATEEN MINAL LAYALI


filailateen







Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan

Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan

Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasisihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku...



"ToTaLLy BLanK selesai menaip @ 2:14 pm"

(0) comments



ABOUT ME



Peringatan buat diri sendiri:

61:2 O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

61:3 Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not


DOA

BICARA HATI SEORANG YANG BERGELAR WANITA

Segala puji bagi-Mu Tuhan.
Lantaran telah menjadikan aku seorang wanita...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami... seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati...
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah

Bebas jiwa dari belanggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bilakah pulang?
Disambut kepulangannya dengan khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Disebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir !!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku sekeping hati yang sentiasa Insaf
Hak seorang suami
Tidakkan mungkin kupenuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telahku tadahkan wajahku
Buat mengesat debu ditelapak kakinya
Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu..
Jua memiliki puteri setabah Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Serikandi-serikandi yang mampu memakmurkan
Mukabumi Allah...
Dengan ketaqwaan.. kesolehan

Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan
Islam diakhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu
Yang telah kematian
Putera-puteranya dimedan jihad

"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
aduhai... kiranya aku punya seorang anak lagi
kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi"

Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal...
Yang tidak menjadikan kematian
Suami dan anak-anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi...

Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."






CALENDER



ARCHIVES

April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007




PREVIOUS POSTS

Asma ALlah by Sami Yusuf

Ethics

Jijik

Kembali ke Leeds

Sebuah Novel Drama

Moral yang merudum

AQ peringkat akhir musim kedua

Negaraku merdeka

Damai bertemu keluarga

Perfectionism





LINKS.

*Ustaz Hasrizal
*Harakahdaily
*Malaysia Today
*Ahas
*Faisal Tehrani


CREDITS

Designer: Kelli

Image: Made with adobe CS.2 by Kelli
Image hosted by : photobucket
.Brushes : aetherealityt



NASYID

Cinta Teragung - Mestica


MY COUNTER






TAG BOARD